Saturday, March 24, 2012

Kem Untukmu Palestine 2012




SKUDAI, 17 MAC – 67 orang peserta dari serata Johor telah mendaftarkan diri untuk menyertai Kem UntukMu Palestin yang dianjurkan oleh NAZIM Johor. Program ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada generasi muda tentang situasi yang melanda umat Islam di Palestin di samping membina kekuatan mental dan fizikal dalam ukhuwah islamiah sesame peserta. Kem seumpama ini yang pertama kali dianjurkan oleh NAZIM Johor telah berjalan dengan lancar selama dua hari satu malam. 

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah perserta diperkenalkan dengan survival hutan. Dengan kerjasama PALAPES UTM peserta diajar untuk mengenal pasti pelbagai tumbuhan hutan yang beracun dan tidak beracun. Selain itu, peserta turut dapat melihat pelbagai jenis perangkap yang digunakan di dalam hutan untuk mendapatkan makanan. Seterusnya, peserta berpeluang merasai laluan berhalangan yang digunakan oleh PALAPES dalam latihan ketenteraan mereka. Aktiviti ini dapat menguji ketahanan fizikal peserta. Pada petang tersebut peserta menjalankan aktiviti ‘water confidence’. 
Selepas solat maghrib, Ustazah Nurulhuda Baharin, Pengerusi NAZIM Johor, telah memberikan pengisian tentang keadaan di Palestin kepada para peserta. Beliau turut memberikan penekanan tentang usaha yang boleh dilakukan oleh anak-anak cilik di Malaysia bagi membantu saudara di Palestin seperti dengan memboikot produk-produk yang menyokong Israel. Setelah itu, peserta telah melakukan aktiviti Night Walk. BAgi aktiviti ini, peserta dilepaskan kumpulan demi kumpulan dan mereka perlu berjalan dalam gelap dengan hanya berpegang kepada tali yang telah disediakan. Aktiviti Night Walk ini dibantu oleh Pegawai PALAPES bagi memastikan keselamatan peserta di dalam hutan. Aktiviti ini bertujuan untuk melatih kekuatan mental dan fizikal peserta. 

PAda pagi Sabtu, seusai qiyammullail, peserta di bawa beriadah ke Balai Cerap. Selepas bersarapan, mereka kembali ke tapak perkhemahan untuk aktiviti War Game.  Kemudian peserta bersiap sedia untuk pulang dan upacara penutupan majlis. 

Pengarah Program, Ustazah Mas Aini menyatakan penghargaan yang tidak terhingga kepada ibu bapa yang memberi kepercayaan kepada NAZIM Johor untuk membenarkan anak mereka menyertai Kem UntukMu Palestin. Katanya “Peserta Kem UntukMu Palestin  Berjaya dijalankan dengan lancar kerana sikap positif peserta sepanjang kem tersebut. Kami berharap agar peserta akan kembali menyertai Kem UntukMu Palestin ini sekiranya dianjurkan lagi pada tahun hadapan.”

Monday, March 12, 2012

Kem Untukmu Palestine hujung minggu ini

 Adik-adik dear, ini adalah peta lokasi ke Kem UntukMu Palestine ya. Yang UTM RECREATIONAL PARK tu tau.  Kita jumpa nanti :)

Oh, sebelum akak terlupa, akak nak ingatkan adik-adik supaya jangan lupa bawa barang-barang yang telah diberitahu ya. Bawa baju yang secukupnya tau.


Semoga bertemu nanti!
Bertemu dan berukhwah kerana Allah.