Friday, December 14, 2012

Jumpa di FB NAZIM JOHOR





Assalamualaikum, terima kasih kerana datang ke Blog NAZIM Johor.

Dengan berbesar hati, kami menjemput tuan/puan/adik-adik ke FB NAZIM JOHOR untuk mendapatkan update segala aktiviti kami yang baru.

Informasi terkini hanya akan diupdate di FB NAZIM JOHOR sahaja.

Jangan ketinggalan ye. Sila LIKE FB kami dan terus mendapat informasi untuk aktiviti kami sepanjang tahun!

Jumpa di sana :)


Friday, October 26, 2012

WAWASAN REMAJA MUSLIM (WAJA) 2012



Assalamualaikum adik-adik!

Sempena cuti sekolah yang bakal bermula pada 10 November ini, NAZIM Johor mengambil peluang untuk menyediakan aktiviti yang bermanfaat untuk adik-adik.

InsyaAllah, pada 14 Oktober ini, kami akan mengadakan satu Program iaitu Wawasan Remaja Muslim (WAJA) yang bertujuan untuk memberi lebih informasi kepada adik-adik yang sudah dan akan menjejaki alam baligh. Alam baligh bukanlah sesuatu yang perlu ditakutkan, namun ia perlu diraikan dengan kefahaman dan pengetahuan tentang ilmu dan cabaran dalam meniti alam ini.

Justeru, akak dengan berbesar hati menjemput adik-adik yang ingin menyertai kami, untuk terus mendaftar kepada nama-nama yang disertakan dalam poster ini. Wang pendaftaran pula boleh dibayar di kaunter pendaftaran pada hari tersebut.

Akak amat mengalu-alukan kehadiran adik-adik ke program ini. Datanglah, tidak rugi menyertai program kami. Kakak, ustazah-ustazah, abang dan kakak fasi sangat rindu nak jumpa adik-adik kami yang soleh lagi solehah ni :)

Jangan lupa ajak kawan-kawan, jiran serta saudara mara yang berumur dalam lingkungan 11 hingga 13 tahun. Pahala lah ganjaran untuk adik-adik seandainya dapat membawa kawan-kawan ke majlis ilmu seperti ini.

Råsulullåh shållallåhu ‘alayhi wa sallam bersabda:

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah memudahkan untuknya jalan menuju Surga.
(Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Muslim (no. 2699), Ahmad (II/252, 325), Abu Dawud (no. 3643), At-Tirmidzi (no. 2646), Ibnu Majah (no. 225), dan Ibnu Hibban (no. 78-Mawaarid);


Adik-adik, akak sayang adik-adik kerana Allah!

Thursday, July 19, 2012

Iftor Raudhah Kids 2012

Adik-adik yang disayangi Allah, Ramadhan bakal menjelang tiba. Apakah persediaan adik-adik untuk menghadapi bulan yang penuh rahmah dan mulia ini? Kami berharap agar adik-adik dapat menggunakan waktu dengan baik dalam Bulan Ramadhan ini.

Adik-adik tahu tak, bahawa dalam bulan Ramadhan, Allah telah membuka semua pintu syurga dan Allah telah memerintahkan para malaikat untuk menghias syurga? Subhanallah, begitu istimewanya bulan Ramadhan.

Dalam bulan Ramadhan juga, Allah telah menghadiahkan sebuah malam yang bernama Lailatul Qadr yang mana pada malam ini, ia lebih baik daripada seribu bulan. Maksudnya, kalau adik bersolat pada malam Lailatul Qadr ini, adik-adik akan diganjari dengan pahala yang menyamai seribu bulan. Allah memang sangat baik hati, bukan?

Justeru NAZIM Johor, akan mengadakan sebuah majlis IFTOR (berbuka puasa) dan solat tarawih berjemaah pada 3 Ogos 2012. Majlis ini terbuka kepada adik-adik yang berumur 10 hingga 12 tahun sahaja. Lebih menarik, penyertaan adalah percuma!!

Ayuh mendaftar!


Saturday, March 24, 2012

Kem Untukmu Palestine 2012




SKUDAI, 17 MAC – 67 orang peserta dari serata Johor telah mendaftarkan diri untuk menyertai Kem UntukMu Palestin yang dianjurkan oleh NAZIM Johor. Program ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada generasi muda tentang situasi yang melanda umat Islam di Palestin di samping membina kekuatan mental dan fizikal dalam ukhuwah islamiah sesame peserta. Kem seumpama ini yang pertama kali dianjurkan oleh NAZIM Johor telah berjalan dengan lancar selama dua hari satu malam. 

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah perserta diperkenalkan dengan survival hutan. Dengan kerjasama PALAPES UTM peserta diajar untuk mengenal pasti pelbagai tumbuhan hutan yang beracun dan tidak beracun. Selain itu, peserta turut dapat melihat pelbagai jenis perangkap yang digunakan di dalam hutan untuk mendapatkan makanan. Seterusnya, peserta berpeluang merasai laluan berhalangan yang digunakan oleh PALAPES dalam latihan ketenteraan mereka. Aktiviti ini dapat menguji ketahanan fizikal peserta. Pada petang tersebut peserta menjalankan aktiviti ‘water confidence’. 
Selepas solat maghrib, Ustazah Nurulhuda Baharin, Pengerusi NAZIM Johor, telah memberikan pengisian tentang keadaan di Palestin kepada para peserta. Beliau turut memberikan penekanan tentang usaha yang boleh dilakukan oleh anak-anak cilik di Malaysia bagi membantu saudara di Palestin seperti dengan memboikot produk-produk yang menyokong Israel. Setelah itu, peserta telah melakukan aktiviti Night Walk. BAgi aktiviti ini, peserta dilepaskan kumpulan demi kumpulan dan mereka perlu berjalan dalam gelap dengan hanya berpegang kepada tali yang telah disediakan. Aktiviti Night Walk ini dibantu oleh Pegawai PALAPES bagi memastikan keselamatan peserta di dalam hutan. Aktiviti ini bertujuan untuk melatih kekuatan mental dan fizikal peserta. 

PAda pagi Sabtu, seusai qiyammullail, peserta di bawa beriadah ke Balai Cerap. Selepas bersarapan, mereka kembali ke tapak perkhemahan untuk aktiviti War Game.  Kemudian peserta bersiap sedia untuk pulang dan upacara penutupan majlis. 

Pengarah Program, Ustazah Mas Aini menyatakan penghargaan yang tidak terhingga kepada ibu bapa yang memberi kepercayaan kepada NAZIM Johor untuk membenarkan anak mereka menyertai Kem UntukMu Palestin. Katanya “Peserta Kem UntukMu Palestin  Berjaya dijalankan dengan lancar kerana sikap positif peserta sepanjang kem tersebut. Kami berharap agar peserta akan kembali menyertai Kem UntukMu Palestin ini sekiranya dianjurkan lagi pada tahun hadapan.”

Monday, March 12, 2012

Kem Untukmu Palestine hujung minggu ini

 Adik-adik dear, ini adalah peta lokasi ke Kem UntukMu Palestine ya. Yang UTM RECREATIONAL PARK tu tau.  Kita jumpa nanti :)

Oh, sebelum akak terlupa, akak nak ingatkan adik-adik supaya jangan lupa bawa barang-barang yang telah diberitahu ya. Bawa baju yang secukupnya tau.


Semoga bertemu nanti!
Bertemu dan berukhwah kerana Allah.

Sunday, February 26, 2012

Sekitar Malam Cintai Rasul






Mengajak si kecil mencintai Rasul

Bandar Dato' Onn, 25 Jan. -Seramai 52 orang peserta lelaki dan perempuan telahpun menyertai Program Malam Cintai Rasul yang berlangsung dengan jayanya di Bandar Dato' Onn. Program yang dianjurkan oleh NAZIM Johor selama 2 hari 1 malam ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kanak-kanak sekitar Skudai, Pasir Gudang, Kulai dan Kota Tinggi.

Program ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenal Rasulullah secara lebih mendalam melalui perkongsian daripada pelajar-pelajar lepasan Sijil Tinggi Agama yang akan melanjutkan pelajaran mereka ke Mesir.Mereka juga berpeluang berqiamullail bersama-sama selain berukhwah dan menambah kenalan.

Pengarah Program, Cik Afifah Hamzah melahirkan rasa terharu atas keterlibatan ibu bapa dan semua pihak dalam memastikan program berjalan dengan jayanya. "Kami amat berterima kasih kepada ibu-bapa yang sanggup datang dari jauh untuk menghantar anak-anak mereka. Ada juga ibu bapa yang memberi sumbangan  sebagai tanda sokongan kepada program ini. Terima kasih atas kepercayaan yang diberi."

Beliau juga berharap agar program anjuran NAZIM Johor dapat terus mengisi jiwa anak-anak melalui aktiviti akan datang yang telahpun dirancang dengan teliti. Difahamkan bahawa NAZIM Johor akan menganjurkan Kem Untukmu Palestine dalam masa 3 minggu akan datang.

Wartawan,
Media ISMA