Program Qiamullail berjalan dengan cemerlang dengan kerjasama yang sungguh baik antara ibu bapa, anak-anak dan penggerak. Alhamdulillah.
Walaupun ada di antara mereka yang baru pertama kali menjalankan aktiviti Qiamullail, mereka kelihatan sungguh teruja dan bersungguh. Bagi adik-adik yang pernah menunaikannya secara berseorangan sebelum ini pula mengakui bahawa, berqiamullai bersama teman-teman adalah jauh lebih seronok dan bersemangat berbanding melakukannya secara berseorangan.
Semoga ruang dan peluang yang telah disediakan dalam program untuk anak-anak NAZIM Johor mampu memberikan mereka pendedahan dalam membudayakan ibadah-ibadah sunat yang memberikan impak yang besar dalam usaha membentuk keperibadian muslim yang unggul. InsyaAllah.
Selain, qiamullail, adik-adik kita turut juga didedahkan kepada program Kraf; iaitu menghasilkan Kad Ucapan Perkahwinan kepada Ammu wa Ammah PEMBINA Johor yang baru saja diijabkabulkan. Keesokan harinya adik-adik telah dibawa beriadah oleh Fasi dari Kelab Remaja ISMA Johor (KRIM) sekitar padang riadah berdekatan dengan tempat mereka menginap.
Audition untuk memilih peserta-peserta MAHROJAN turut diadakan bagi mengenalpasti bakat adik-adik kita. Antara pertandingan yang diadakan ialah Nasyid, Bercerita dan Berpidato. Ayuh, adik-adik NAZIM Johor, kita serlahkan bakat kita hingga ke MAHROJAN kebangsaan nanti! Tunggu kami di sana :P
Asybal menyiapkan kad ucapan dengan bersungguh-sungguh :) |
Antara kad ucapan perkahwinan yang dhasilkan buat Ammu wa Ammah |
Zahrawat sedang dicungkil bakatnya dalam usaha mencari peserta MAHROJAN 2011 |
Fasi KRIM sedang mengetuai aktiviti riadah bersama asybal |
Asybal wa zahrawat sangat tekun menilik skrip masing-masing |
Penggerak NAZIM Johor
No comments:
Post a Comment