Thursday, February 17, 2011

MABIT NAZIM

MABIT = MAlam Bina Iman dan Taqwa
 

“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan tartiil” (Surah al-Muzammil ayat 1-4)

Adikku soleh dan solehah,
Tahukah adik-adik bahawa qiamulail  bangun pada waktu malam (menghidupkan malam) dengan beribadat kepada Allah seperti bersolat, membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap keredhaan Allah.

Kadang-kadang kalau berseorangan, kita susah sekali mahu bangun di sepertiga malam kerana kita tidak punya sahabat yang dapat memotivasikan kita untuk berqiamullail.
Jadi, sebab itulah kelab NAZIM Johor menganjurkan Qiamullail berjemaah disamping aktiviti-aktiviti lain demi membentuk peribadi muslim sejati dalam diri adik-adik, serta dalam diri semua yang terlibat.

Tahukah juga adik-adik, bahawa begitu banyak sekali hikmah dan kelebihan yang tersurat di sebalik Qiamullail ini?
Antaranya adalah:

HIKMAH QIYAMULLAIL
·  Meningkatkan keimanan individu
·  Meninggikan darjat disisi Allah
·  Dapat beribadah dengan lebih khusyuk
·  Mendidik jiwa bersyukur dengan nikmat kesihatan dan nikmat waktu malam yang tenang
·  Melatih diri menjadi insan bertakwa
·  Melatih diri menperbanyakkan amalan sunat
·  Mendidik jiwa melawan nafsu dan syaitan
·  Menyedari bahawa manusia dicipta untuk beribadah
·  Melatih diri mengharap keredhaan Allah
·  Memberi ketenangan jiwa (emosi)
·  Memberi kesihatan (fizikal)
·  Menajamkan akal fikiran
·  Meneguhkan kekuatan rohani
·  Menambahkan rasa kekerdilan di sisi Allah dan bertawakkal kepadaNya.
·  Melatih diri bersikap khauf(takut) dan  roja’(berharap) kepada Allah .
·  Dan lain –lain lagi hikmah ganjaran Allah untuk hamba-hamba ikhlas dan istiqamah

KELEBIHAN QIAMULLAIL

·  Dimakbulkan doanya dan masin perkataan.
·  Tenang hati dan fikirannya
·  Dimurahkan rezeki
·  Dihormati masyarakat
·  Dilindungi Allah daripada khianat manusia.
·  Jika dia pemimpin ,dia akan disegani
·  Dan banyak lagi  (Perlu difahami bahawa segala kelebihan adalah nikmat Allah bergantung kepada rahmat Allah . Allah berhak mengurniakan apa sahaja yang dikehendakiNya)

Mari, kita pertingkatkan amalan kita supaya kita disayangi Allah! Jumpa di MABIT NAZIM!!


Hazwani Mohd Dah
Penggerak NAZIM Johor

No comments: