Showing posts with label aktiviti mingguan. Show all posts
Showing posts with label aktiviti mingguan. Show all posts

Thursday, July 19, 2012

Iftor Raudhah Kids 2012

Adik-adik yang disayangi Allah, Ramadhan bakal menjelang tiba. Apakah persediaan adik-adik untuk menghadapi bulan yang penuh rahmah dan mulia ini? Kami berharap agar adik-adik dapat menggunakan waktu dengan baik dalam Bulan Ramadhan ini.

Adik-adik tahu tak, bahawa dalam bulan Ramadhan, Allah telah membuka semua pintu syurga dan Allah telah memerintahkan para malaikat untuk menghias syurga? Subhanallah, begitu istimewanya bulan Ramadhan.

Dalam bulan Ramadhan juga, Allah telah menghadiahkan sebuah malam yang bernama Lailatul Qadr yang mana pada malam ini, ia lebih baik daripada seribu bulan. Maksudnya, kalau adik bersolat pada malam Lailatul Qadr ini, adik-adik akan diganjari dengan pahala yang menyamai seribu bulan. Allah memang sangat baik hati, bukan?

Justeru NAZIM Johor, akan mengadakan sebuah majlis IFTOR (berbuka puasa) dan solat tarawih berjemaah pada 3 Ogos 2012. Majlis ini terbuka kepada adik-adik yang berumur 10 hingga 12 tahun sahaja. Lebih menarik, penyertaan adalah percuma!!

Ayuh mendaftar!


Sunday, February 26, 2012

Sekitar Malam Cintai Rasul






Mengajak si kecil mencintai Rasul

Bandar Dato' Onn, 25 Jan. -Seramai 52 orang peserta lelaki dan perempuan telahpun menyertai Program Malam Cintai Rasul yang berlangsung dengan jayanya di Bandar Dato' Onn. Program yang dianjurkan oleh NAZIM Johor selama 2 hari 1 malam ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kanak-kanak sekitar Skudai, Pasir Gudang, Kulai dan Kota Tinggi.

Program ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenal Rasulullah secara lebih mendalam melalui perkongsian daripada pelajar-pelajar lepasan Sijil Tinggi Agama yang akan melanjutkan pelajaran mereka ke Mesir.Mereka juga berpeluang berqiamullail bersama-sama selain berukhwah dan menambah kenalan.

Pengarah Program, Cik Afifah Hamzah melahirkan rasa terharu atas keterlibatan ibu bapa dan semua pihak dalam memastikan program berjalan dengan jayanya. "Kami amat berterima kasih kepada ibu-bapa yang sanggup datang dari jauh untuk menghantar anak-anak mereka. Ada juga ibu bapa yang memberi sumbangan  sebagai tanda sokongan kepada program ini. Terima kasih atas kepercayaan yang diberi."

Beliau juga berharap agar program anjuran NAZIM Johor dapat terus mengisi jiwa anak-anak melalui aktiviti akan datang yang telahpun dirancang dengan teliti. Difahamkan bahawa NAZIM Johor akan menganjurkan Kem Untukmu Palestine dalam masa 3 minggu akan datang.

Wartawan,
Media ISMA

Monday, February 20, 2012

Ayuh Cintai Rasul :)

Adik-adik semua,
especially yang sudah pernah join Kem-kem NAZIM sebelum ini,
kakak jemput adik-adik berqiam bersama hujung minggu ini!!

Kakak rindu mahu berukhwah dengan semua,
sambil kita cintai Rasulullah..
yang sangat dicintai Allah :)

Datang tau, akak tunggu!!


Monday, January 23, 2012

Sekitar Bengkel al-Quran :)


Dedahkan anak-anak dengan aktiviti yang baik

JOHOR BAHRU, 22 Jan. – Anak-anak perlu diberikan pendedahan oleh ibu bapa supaya mereka berasa seronok untuk melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang baik sepanjang proses pembesaran mereka, kata Pengerusi Kelab Nadi Al-Azim ISMA (NAZIM) Cawangan Johor, Ustazah Nurul Huda Baharin.

Justeru itu, kata Beliau, program-program yang dianjurkan oleh Kelab NAZIM ini adalah untuk memberikan peluang kepada anak-anak supaya mereka dapat meluangkan masa mereka dengan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan.

“Program anjuran Kelab NAZIM yang diadakan ini adalah untuk memberi peluang kepada semua anak-anak supaya mereka dapat meluangkan masa dan melibatkan diri dengan semua aktiviti-aktiviti yang telah disediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemuramah oleh wartawan Media ISMA di program Bengkel Al-Quran dan Kraf Anak-Anak anjuran Kelab NAZIM Cawangan Johor disini hari ini.

Program pertama tahun 2012 anjuran Kelab NAZIM ini diadakan sebagai satu tarikan kepada anak-anak NAZIM supaya mereka lebih gemar untuk mengikuti aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan pada sepanjang tahun.

“Jika kita melihat apa yang berlaku di sekolah-sekolah, tidak semua pelajar dapat mengikuti aktiviti yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah.

“Tetapi di Kelab NAZIM, insyaAllah kita akan pastikan anak-anak dapat mengikuti semua aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun 2012 ini,” jelas beliau lagi.

Tambah beliau, antara objektif utama program ini juga diadakan adalah untuk melahirkan anak-anak yang beriman, berilmu, cergas dan kreatif.

Oleh itu, ujar Beliau, anak-anak ini telah diberi pendedahan bahawa mereka perlu mengenali Allah dan mengenali Al Quran yang diturunkan untuk manusia terlebih dahulu.

“Pihak penganjur juga telah menyediakan satu borang tindakan lanjut amalan baik serta akhlak mulia yang perlu diisi oleh anak-anak serta disemak oleh ibu bapa mereka untuk kami kenalpasti perkembangan mereka pada minggu yang seterusnya.

“Kami mengharapkan program ini bukan seperti program-program biasa, tetapi ia adalah program pendidikan dan tarbiyah yang berterusan bahkan sehingga mereka kembali kerumah dengan penglibatan dan peranan ibu bapa mereka sendiri sebagai pembimbing,” akhiri Ustazah Nurul Huda.

Program anjuran Kelab NAZIM ini telah dihadiri kira-kira 20 anak-anak didalam lingkungan umur 9 hingga 12 tahun.

Program ini juga telah dibahagikan kepada dua sesi iaitu Bengkel Al-Quran dan Bengkel Kraf yang memerlukan anak-anak menghasilkan penanda buku mereka sendiri.

Wartawan,
Media ISMA















Wednesday, January 18, 2012

Monday, December 12, 2011

Sekitar Kem Huffaz Cilik 2011 !! :)

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Kem Huffaz Cilik 2011 :) Jumpa di KHC 2012, insyaAllah!

Untuk melihat keseluruhan album, sila ke ISMA JOHOR


Sunday, March 6, 2011

Cupcakes, anyone?!








Asybal wa zahrawat were having a blast upon their cupcakes decoration yesterday. We were amazed and mesmerized when they came out with a really great decor on their cupcakes, even they had just been briefing less than 5 minutes on how to handle and use the decoration apparatus.

This activity was even gave a different perspective for one of the boys there where he claimed that he never imagine that he will be able to decorate his own cupcake which decorating cupcakes is only suitable for girls. He appreciate the opportunity given and hope to use the skill he gained to help her mother out in making cupcakes. He is also added that, he did better decoration compare to the girls :)

We hope that our NAZIM JOHOR members were really enjoying their splendid time yesterday. InsyaAllah, more exciting activities will be coming next month. till we meet again, thanks everyone!
Hazwani Mohd Dah
NAZIM Johor activist

Sekitar Program Qiamullail, Riadah dan Kraf

Program Qiamullail berjalan dengan cemerlang dengan kerjasama yang sungguh baik antara ibu bapa, anak-anak dan penggerak. Alhamdulillah.

Walaupun ada di antara mereka yang baru pertama kali menjalankan aktiviti Qiamullail, mereka kelihatan sungguh teruja dan bersungguh. Bagi adik-adik yang pernah menunaikannya secara berseorangan sebelum ini pula mengakui bahawa, berqiamullai bersama teman-teman adalah jauh lebih seronok  dan bersemangat berbanding melakukannya secara berseorangan.

Semoga ruang dan peluang yang telah disediakan dalam program untuk anak-anak NAZIM Johor mampu memberikan mereka pendedahan dalam membudayakan ibadah-ibadah sunat yang memberikan impak yang besar dalam usaha membentuk keperibadian muslim yang unggul. InsyaAllah.

Selain, qiamullail, adik-adik kita turut juga didedahkan kepada program Kraf; iaitu menghasilkan Kad Ucapan Perkahwinan kepada Ammu wa Ammah PEMBINA Johor yang baru saja diijabkabulkan. Keesokan harinya adik-adik telah dibawa beriadah oleh Fasi dari Kelab Remaja ISMA Johor (KRIM) sekitar padang riadah berdekatan dengan tempat mereka menginap. 

Audition untuk memilih peserta-peserta MAHROJAN turut diadakan bagi mengenalpasti bakat adik-adik kita. Antara pertandingan yang diadakan ialah Nasyid, Bercerita dan Berpidato. Ayuh, adik-adik NAZIM Johor, kita serlahkan bakat kita hingga ke MAHROJAN kebangsaan nanti! Tunggu kami di sana :P

Asybal menyiapkan kad ucapan dengan bersungguh-sungguh :)

Antara kad ucapan perkahwinan yang dhasilkan buat Ammu wa Ammah

Zahrawat sedang dicungkil bakatnya dalam usaha mencari peserta MAHROJAN 2011

Fasi KRIM sedang mengetuai aktiviti riadah bersama asybal

Asybal wa zahrawat sangat tekun menilik skrip masing-masing
Hazwani Mohd Dah
Penggerak NAZIM Johor

Thursday, February 17, 2011

MABIT NAZIM

MABIT = MAlam Bina Iman dan Taqwa
 

“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan tartiil” (Surah al-Muzammil ayat 1-4)

Adikku soleh dan solehah,
Tahukah adik-adik bahawa qiamulail  bangun pada waktu malam (menghidupkan malam) dengan beribadat kepada Allah seperti bersolat, membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap keredhaan Allah.

Kadang-kadang kalau berseorangan, kita susah sekali mahu bangun di sepertiga malam kerana kita tidak punya sahabat yang dapat memotivasikan kita untuk berqiamullail.
Jadi, sebab itulah kelab NAZIM Johor menganjurkan Qiamullail berjemaah disamping aktiviti-aktiviti lain demi membentuk peribadi muslim sejati dalam diri adik-adik, serta dalam diri semua yang terlibat.

Tahukah juga adik-adik, bahawa begitu banyak sekali hikmah dan kelebihan yang tersurat di sebalik Qiamullail ini?
Antaranya adalah:

HIKMAH QIYAMULLAIL
·  Meningkatkan keimanan individu
·  Meninggikan darjat disisi Allah
·  Dapat beribadah dengan lebih khusyuk
·  Mendidik jiwa bersyukur dengan nikmat kesihatan dan nikmat waktu malam yang tenang
·  Melatih diri menjadi insan bertakwa
·  Melatih diri menperbanyakkan amalan sunat
·  Mendidik jiwa melawan nafsu dan syaitan
·  Menyedari bahawa manusia dicipta untuk beribadah
·  Melatih diri mengharap keredhaan Allah
·  Memberi ketenangan jiwa (emosi)
·  Memberi kesihatan (fizikal)
·  Menajamkan akal fikiran
·  Meneguhkan kekuatan rohani
·  Menambahkan rasa kekerdilan di sisi Allah dan bertawakkal kepadaNya.
·  Melatih diri bersikap khauf(takut) dan  roja’(berharap) kepada Allah .
·  Dan lain –lain lagi hikmah ganjaran Allah untuk hamba-hamba ikhlas dan istiqamah

KELEBIHAN QIAMULLAIL

·  Dimakbulkan doanya dan masin perkataan.
·  Tenang hati dan fikirannya
·  Dimurahkan rezeki
·  Dihormati masyarakat
·  Dilindungi Allah daripada khianat manusia.
·  Jika dia pemimpin ,dia akan disegani
·  Dan banyak lagi  (Perlu difahami bahawa segala kelebihan adalah nikmat Allah bergantung kepada rahmat Allah . Allah berhak mengurniakan apa sahaja yang dikehendakiNya)

Mari, kita pertingkatkan amalan kita supaya kita disayangi Allah! Jumpa di MABIT NAZIM!!


Hazwani Mohd Dah
Penggerak NAZIM Johor

Monday, January 24, 2011

Aktiviti Pertama Kelab Nazim Sesi 2011

Tarikh: 23 Januari 2011
Tempat: Pulai Perdana
Masa : 9.30 pagi - 12.00 tengahari
Kehadiran: 17 orang


Pengisian:
1) Refleksi Kem Huffaz Cilik 2011 beserta tayangan video.
2) Bacaan dan hafazan surah-surah lazim.
3) Talk Penjagaan Diri : Saya sayang gigi saya beserta praktikal
4) Makan tengahari berjemaah









Hazwani Mohd Dah
Penggerak NAZIM Johor