Friday, February 24, 2012

Kem Untukmu Palestine (K.U.P)


Adik-adik yang disayangi Allah, tahukah adik-adik tentang negara Palestine? Ada 6 perkara penting yang perlu kita tahu mengapa istimewanya negara Palestine ini kepada seluruh umat Islam.

Apakah istimewanya Palestin kepada umat islam ?
Bumi Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa di dalam hati setiap orang Islam. Jika dirujuk kepada al-Quran dan sunnah :

a) Bumi ini dianggap suci dan diberkati kerana terdapatnya Masjid al-Aqsa, sebuah masjid yang menjadi qiblat pertama untuk orang Islam dan merupakan masjid yang ke 3 paling suci bagi orang Islam. Barangsiapa yang bersolat di masjid ini akan mendapat 500 kali ganda pahala.

b) Di bumi ini jugalah kejadian Isra’ (Perjalanan Malam) berlaku, di mana Nabi Muhammad melakukan pengembaraan malam yang penuh keajaiban ke langit.

c) Bahkan ramai para anbiya’ yang disebut di dalam al-Quran, telah dilahirkan, dibesarkan dan disemadikan di bumi ini (lebih 50 orang kesemuanya). Semoga Allah memberkati mereka semua.

d) Berdasarkan perspektif Islam, tempat ini merupakan padang Mahsyar selepas Kiamat dan merupakan pusat keamanan sejagat.

e) Orang yang tinggal di sana kerana Allah diibaratkan seperti orang yang berjihad di jalan Allah.

f) Bumi Palestin juga dianggap sebagai pusat untuk kumpulan-kumpulan yang sentiasa teguh menegakkan kebenaran dan hak orang Islam sehingga ke hari kiamat.



Justeru adik-adik, perlu untuk kita sebagai umat Islam untuk membantu saudara-saudara kita di Palestine. Bukan saja membantu, kita juga perlu kenal dan tahu tentang negara Palestine ini supaya kecintaan kita kepada bumi Palestine ini semakin mendalam, sekaligus kita turut sama mengajak orang lain untuk mencintai negara Palestine ini dan membenci golongan Israel laknatullah itu.

Adik-adik tahu tak, bahawa dahulunya negara Palestine ini adalah milik orang Islam dan negaranya cukup besar? Namun kini, Israel telah merampas tanah-tanah milik orang Palestine sehingga hanya sedikit saja tanah yang tinggal untuk umat Islam di sana. Bukan itu saja, rakyat Palestine terus disiksa tanpa belas kasihan sehingga ramai yang terbunuh.

Nah, kakak letakkan gambar sebagai bukti kezaliman orang Israel. Tanah yang berwarna hijau itu adalah Palestine.


Zalimkan Israel ni? 

Ayuh bersama-sama kita ke Kem Untukmu Palestine, kita kenal Palestine, kita sayang Palestine! Kita kenal Israel, kita benci Israel dan kita perangi ISrael! Semoga ini menjadi saksi di hadapan Allah bahawa kita semua ambil peduli tentang keadaan di Palestine.

Kakak tak sabar jumpa adik-adik :)  

Jadi, bagi adik-adik yang berminat, bolehlah download borang ini dan isi, serta telefon Ustazah Wan Haliza dan Teacher Rita ye!!!

KUP2012

2 comments:

Mu-Wa-Fa-Qa-H said...

Nazim, saya Qayyum. Saya dah masuk dah kem ni! :D

admin said...

Qayyum, tahniah sebab dah masuk Nazim :) Akak harap dapat bertemu dengan Qayyum lagi nanti.

Moga Qayyum menjadi anak yang soleh dan menyejukkan hati ibu bapa :)