Showing posts with label kem. Show all posts
Showing posts with label kem. Show all posts

Friday, October 26, 2012

WAWASAN REMAJA MUSLIM (WAJA) 2012



Assalamualaikum adik-adik!

Sempena cuti sekolah yang bakal bermula pada 10 November ini, NAZIM Johor mengambil peluang untuk menyediakan aktiviti yang bermanfaat untuk adik-adik.

InsyaAllah, pada 14 Oktober ini, kami akan mengadakan satu Program iaitu Wawasan Remaja Muslim (WAJA) yang bertujuan untuk memberi lebih informasi kepada adik-adik yang sudah dan akan menjejaki alam baligh. Alam baligh bukanlah sesuatu yang perlu ditakutkan, namun ia perlu diraikan dengan kefahaman dan pengetahuan tentang ilmu dan cabaran dalam meniti alam ini.

Justeru, akak dengan berbesar hati menjemput adik-adik yang ingin menyertai kami, untuk terus mendaftar kepada nama-nama yang disertakan dalam poster ini. Wang pendaftaran pula boleh dibayar di kaunter pendaftaran pada hari tersebut.

Akak amat mengalu-alukan kehadiran adik-adik ke program ini. Datanglah, tidak rugi menyertai program kami. Kakak, ustazah-ustazah, abang dan kakak fasi sangat rindu nak jumpa adik-adik kami yang soleh lagi solehah ni :)

Jangan lupa ajak kawan-kawan, jiran serta saudara mara yang berumur dalam lingkungan 11 hingga 13 tahun. Pahala lah ganjaran untuk adik-adik seandainya dapat membawa kawan-kawan ke majlis ilmu seperti ini.

Råsulullåh shållallåhu ‘alayhi wa sallam bersabda:

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah memudahkan untuknya jalan menuju Surga.
(Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Muslim (no. 2699), Ahmad (II/252, 325), Abu Dawud (no. 3643), At-Tirmidzi (no. 2646), Ibnu Majah (no. 225), dan Ibnu Hibban (no. 78-Mawaarid);


Adik-adik, akak sayang adik-adik kerana Allah!

Saturday, March 24, 2012

Kem Untukmu Palestine 2012




SKUDAI, 17 MAC – 67 orang peserta dari serata Johor telah mendaftarkan diri untuk menyertai Kem UntukMu Palestin yang dianjurkan oleh NAZIM Johor. Program ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada generasi muda tentang situasi yang melanda umat Islam di Palestin di samping membina kekuatan mental dan fizikal dalam ukhuwah islamiah sesame peserta. Kem seumpama ini yang pertama kali dianjurkan oleh NAZIM Johor telah berjalan dengan lancar selama dua hari satu malam. 

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah perserta diperkenalkan dengan survival hutan. Dengan kerjasama PALAPES UTM peserta diajar untuk mengenal pasti pelbagai tumbuhan hutan yang beracun dan tidak beracun. Selain itu, peserta turut dapat melihat pelbagai jenis perangkap yang digunakan di dalam hutan untuk mendapatkan makanan. Seterusnya, peserta berpeluang merasai laluan berhalangan yang digunakan oleh PALAPES dalam latihan ketenteraan mereka. Aktiviti ini dapat menguji ketahanan fizikal peserta. Pada petang tersebut peserta menjalankan aktiviti ‘water confidence’. 
Selepas solat maghrib, Ustazah Nurulhuda Baharin, Pengerusi NAZIM Johor, telah memberikan pengisian tentang keadaan di Palestin kepada para peserta. Beliau turut memberikan penekanan tentang usaha yang boleh dilakukan oleh anak-anak cilik di Malaysia bagi membantu saudara di Palestin seperti dengan memboikot produk-produk yang menyokong Israel. Setelah itu, peserta telah melakukan aktiviti Night Walk. BAgi aktiviti ini, peserta dilepaskan kumpulan demi kumpulan dan mereka perlu berjalan dalam gelap dengan hanya berpegang kepada tali yang telah disediakan. Aktiviti Night Walk ini dibantu oleh Pegawai PALAPES bagi memastikan keselamatan peserta di dalam hutan. Aktiviti ini bertujuan untuk melatih kekuatan mental dan fizikal peserta. 

PAda pagi Sabtu, seusai qiyammullail, peserta di bawa beriadah ke Balai Cerap. Selepas bersarapan, mereka kembali ke tapak perkhemahan untuk aktiviti War Game.  Kemudian peserta bersiap sedia untuk pulang dan upacara penutupan majlis. 

Pengarah Program, Ustazah Mas Aini menyatakan penghargaan yang tidak terhingga kepada ibu bapa yang memberi kepercayaan kepada NAZIM Johor untuk membenarkan anak mereka menyertai Kem UntukMu Palestin. Katanya “Peserta Kem UntukMu Palestin  Berjaya dijalankan dengan lancar kerana sikap positif peserta sepanjang kem tersebut. Kami berharap agar peserta akan kembali menyertai Kem UntukMu Palestin ini sekiranya dianjurkan lagi pada tahun hadapan.”

Monday, March 12, 2012

Kem Untukmu Palestine hujung minggu ini

 Adik-adik dear, ini adalah peta lokasi ke Kem UntukMu Palestine ya. Yang UTM RECREATIONAL PARK tu tau.  Kita jumpa nanti :)

Oh, sebelum akak terlupa, akak nak ingatkan adik-adik supaya jangan lupa bawa barang-barang yang telah diberitahu ya. Bawa baju yang secukupnya tau.


Semoga bertemu nanti!
Bertemu dan berukhwah kerana Allah.

Friday, February 24, 2012

Kem Untukmu Palestine (K.U.P)


Adik-adik yang disayangi Allah, tahukah adik-adik tentang negara Palestine? Ada 6 perkara penting yang perlu kita tahu mengapa istimewanya negara Palestine ini kepada seluruh umat Islam.

Apakah istimewanya Palestin kepada umat islam ?
Bumi Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa di dalam hati setiap orang Islam. Jika dirujuk kepada al-Quran dan sunnah :

a) Bumi ini dianggap suci dan diberkati kerana terdapatnya Masjid al-Aqsa, sebuah masjid yang menjadi qiblat pertama untuk orang Islam dan merupakan masjid yang ke 3 paling suci bagi orang Islam. Barangsiapa yang bersolat di masjid ini akan mendapat 500 kali ganda pahala.

b) Di bumi ini jugalah kejadian Isra’ (Perjalanan Malam) berlaku, di mana Nabi Muhammad melakukan pengembaraan malam yang penuh keajaiban ke langit.

c) Bahkan ramai para anbiya’ yang disebut di dalam al-Quran, telah dilahirkan, dibesarkan dan disemadikan di bumi ini (lebih 50 orang kesemuanya). Semoga Allah memberkati mereka semua.

d) Berdasarkan perspektif Islam, tempat ini merupakan padang Mahsyar selepas Kiamat dan merupakan pusat keamanan sejagat.

e) Orang yang tinggal di sana kerana Allah diibaratkan seperti orang yang berjihad di jalan Allah.

f) Bumi Palestin juga dianggap sebagai pusat untuk kumpulan-kumpulan yang sentiasa teguh menegakkan kebenaran dan hak orang Islam sehingga ke hari kiamat.



Justeru adik-adik, perlu untuk kita sebagai umat Islam untuk membantu saudara-saudara kita di Palestine. Bukan saja membantu, kita juga perlu kenal dan tahu tentang negara Palestine ini supaya kecintaan kita kepada bumi Palestine ini semakin mendalam, sekaligus kita turut sama mengajak orang lain untuk mencintai negara Palestine ini dan membenci golongan Israel laknatullah itu.

Adik-adik tahu tak, bahawa dahulunya negara Palestine ini adalah milik orang Islam dan negaranya cukup besar? Namun kini, Israel telah merampas tanah-tanah milik orang Palestine sehingga hanya sedikit saja tanah yang tinggal untuk umat Islam di sana. Bukan itu saja, rakyat Palestine terus disiksa tanpa belas kasihan sehingga ramai yang terbunuh.

Nah, kakak letakkan gambar sebagai bukti kezaliman orang Israel. Tanah yang berwarna hijau itu adalah Palestine.


Zalimkan Israel ni? 

Ayuh bersama-sama kita ke Kem Untukmu Palestine, kita kenal Palestine, kita sayang Palestine! Kita kenal Israel, kita benci Israel dan kita perangi ISrael! Semoga ini menjadi saksi di hadapan Allah bahawa kita semua ambil peduli tentang keadaan di Palestine.

Kakak tak sabar jumpa adik-adik :)  

Jadi, bagi adik-adik yang berminat, bolehlah download borang ini dan isi, serta telefon Ustazah Wan Haliza dan Teacher Rita ye!!!

KUP2012

Wednesday, November 9, 2011

Tentatif

Assalamualaikum

Buat adik-adik yang tak sabaaar nak ke Kem Huffaz Cilik, di sini kami lampirkan aktiviti-aktiviti bermanfaat sepanjang program. Check it out~

Jumaat (18 November 11)


3.00 - 4.00 ptg                                       Pendaftaran
4.00 - 5.00 ptg                                       Solat Asar & Taklimat
5.00 - 6.00 ptg                                       Ice breaking
6.00 - 7.00 ptg                                       Kendiri
7.00 - 8.00 mlm                                     Solat maghrib, mathurat & Tazkirah : Salahuddin al-ayyubi
8.00 - 8.45 mlm                                     Solat Isyak & Tilawah
8.45 - 9.45 mlm                                     LDK : "Sebut betul-betul"
9.45 - 10.45 mlm                                   Kuiz
10.45 mlm                                             Minum malam & bersedia untuk tidur
                                                             (Bacaan ayat Qursi + 3 Qul + Adab-adab sebelum tidur)


Sabtu (19 November 11)


5.00- 5.30 pg                                        Qiamullail
5.30 - 7.15 pg                                       Solat, Riadah & Tazkirah
7.15 - 8.00 pg                                       Sarapan & Kendiri
8.00 - 9.30 pg                                       Teknik Hafazan & Tilawah
9.30 - 10.30 pg                                     Games Hafazan
10.30 - 11.00 pg                                   Kudapan & Dhuha
11.00 - 12.30 tghri                                LDK Ibadah
12.30 - 2.00 ptg                                    Makan tengahari, Solat Zuhur & Qailullah
 2.00 - 4.00 ptg                                     LDK Toharah (Bersuci)
4.00 - 4.30 ptg                                      Minum petang & Solat Asar
4.30 - 6.15 ptg                                      "Explore & Race"
7.00 - 8.00 mlm                                     Solat Maghrib & Tazkirah :Quran
8.00-8.30 mlm                                       Solat Isyak
8.30 - 10.30 mlm                                   Persediaan Persembahan Gala Islami & BBQ

10.45 mlm                                             Minum malam & bersedia untuk tidur
                                                              ( Bacaan ayat Qursi + 3 Qul + Adab-adab sebelum tidur)


Ahad (20 November 11)

5.00 - 5.30 pg                                       Qiamullail
5.30 - 6.00 pg                                       Solat subuh berjemaah
6.00 - 7.30 pg                                       LDK Tajwid
7.30 - 8.00 pg                                       Sarapan & Kendiri
10.30 pg-12.00 tghr                              Persembahan Gala Islami 
12.30 tghri                                             Bersurai


Bagi yang belum mendaftar, ayuh hubungi Ustazah Huda, Ustazah Mas Aini dan Teacher Khairiah segera ya!

"GenQ Cilik Harapan Ummah"

Tuesday, November 8, 2011

Lokasi Menarik Kem Huffaz

Assalamualaikum!

Apa khabar adik-adik dan para pengunjung blog sekalian? Moga kalian dalam lindunganNya.

Nah, bersempena Kem Huffaz Cilik siri 2 yang bakal menjelang, Nazim Johor menjanjikan adik-adik tempat yang suasananya permai dan nyaman. Tak percaya?? Mari lihat!

 Riak air yang tenang

Dewan makan yang besar 

 Tempat aktiviti 1

Tempat aktiviti 2 

Tempat aktiviti 3 

 Dorm [Bilik tidur] yang selesa

Tilam yang empuk

 Lengkap dengan tandas
  
 Tempat aktiviti 4

Tempat Aktiviti 5

Dewan terbuka 

Tempat aktiviti 6

Tadaaa...!

Dah percaya kan?
Cantik kan? Subhanallah, memang cantik pemandangan ciptaan Allah. ^_^

Haa.. tunggu apa lagi?
Ibu bapa pun tak perlu risau. Anak-anak akan gembira. Tambah ilmu, tambah kawan.
Mari adik-adik! Daftar untuk merasai kesoronokan yang berganda~
Berbaloi-baloi! :))

Monday, October 31, 2011

Kem Huffaz Kembali!



Adik-adik, ingat lagi tak tahun lepas kita berkhemah di mana?
Ya... tahun lepas kita berkhemah berdekatan dengan kandang kambing, dan merasai serta mentadabbur alam Allah yang sungguh indah.
Tahun ini?
InsyaAllah, suasanyanya lebih indah, permai dan mendamaikan!

Kem Huffaz 2 menjanjikan aktiviti yang lebih menarik, serta pengalaman indah yang adik-adik tidak akan lupakan :)

Jumpa di sana nanti!

Boleh print borang ini dan bawa masa pendaftaran nanti ya!


Sunday, June 12, 2011

KEM INDAHNYA SOLAT BAKAL MENJELANG...





 اِذَا مَاتَ ابْنِ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ :

صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ

Maksudnya :


“  Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya“.

Ibu Bapa Hendaklah Diberi Penekanan Terhadap Tuntutan Syariah Khususnya Dari Sudat Ibadah
Penekanan dari sudut ibadah yang sempurna melambangkan sifat kepatuhan dan ketaatan  kepada Allah. Selain itu, sebagai tanda penyempurnaan  jalinan hubungan dengan Allah s.w.t sepanjang masa dengan sentaisa menyerahkan segala jiwa dan raganya terhadap setiap suruhan dan meninggalkan segala larangannya pada setiap masa.

Justeru, program KIS ini membantu anak-anak anda mendapat lebih pendedahan tentang tanggungjawab mereka dalam mengerjakan ibadat solat.

Aktiviti yang disediakan amat menarik untuk anak-anak anda,insyaAllah.

Jumpa di sana!

Pendaftaran anak NAZIM Johor akan dibuka di kaunter :)

Hubungi:

Pn Jun
0167398932

Teacher Hazwani
0133190214

Ustazah Khairani
0173881387

A.Y.U.H!




Monday, January 24, 2011

Kem Huffaz Cilik 2010, berakhir gemilang!





Berkata Amirul Mukminin Ali ra.:
"Ajarilah diri-diri kalian dan keluarga-keluarga kalian kebaikan dan bimbinglah mereka."  

Terima kasih kepada semua yang terlibat, terutama ibu bapa yang memberikan kepercayaan kepada kami dalam usaha mentarbiyah anak kecil agar sihat jasmani, emosi, rohani dan intelektualnya.

Buat team NAZIM Johor, luruskan niat dalam melahirkan generasi yang dapat mendokong dakwah. Semoga amalan kita diterima olehNya. InsyaAllah.

Oleh Hazwani Mohd Dah
Penggerak NAZIM Johor

Tuesday, November 23, 2010

Kem Hufaz Cilik

Adik- adik yang disayangi Allah, cuti sekolah ini mari memanfaatkan masa dengan menyertai kem yang dianjurkan oleh Nazim Johor :) Seronok tau, selain boleh menambah kenalan di seluruh Johor, adik-adik juga boleh mempertingkatkan potensi diri dalam banyak bidang! 

Dalam kem ini, adik-adik akan belajar cara-cara menjadi insan cemerlang yang boleh membanggakan ibu bapa, dilatih menjadi muslim yang berperibadi mulia dan dapat juga berkenalan dengan kambing. 

Eh, macamana tu? Haaaa......adalah! Sebab tu lah, kami di Nazim Johor berhrap agar adik-adik dapat meluangkan masa bersama kami menyertai kem ini.

Ayuh, beritahu rakan-rakan semua!








Jumpa di sana tau!! Salam sayang :)

Hazwani Mohd Dah
Penggerak NAZIM Johor