Sunday, February 26, 2012

Sekitar Malam Cintai Rasul






Mengajak si kecil mencintai Rasul

Bandar Dato' Onn, 25 Jan. -Seramai 52 orang peserta lelaki dan perempuan telahpun menyertai Program Malam Cintai Rasul yang berlangsung dengan jayanya di Bandar Dato' Onn. Program yang dianjurkan oleh NAZIM Johor selama 2 hari 1 malam ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kanak-kanak sekitar Skudai, Pasir Gudang, Kulai dan Kota Tinggi.

Program ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenal Rasulullah secara lebih mendalam melalui perkongsian daripada pelajar-pelajar lepasan Sijil Tinggi Agama yang akan melanjutkan pelajaran mereka ke Mesir.Mereka juga berpeluang berqiamullail bersama-sama selain berukhwah dan menambah kenalan.

Pengarah Program, Cik Afifah Hamzah melahirkan rasa terharu atas keterlibatan ibu bapa dan semua pihak dalam memastikan program berjalan dengan jayanya. "Kami amat berterima kasih kepada ibu-bapa yang sanggup datang dari jauh untuk menghantar anak-anak mereka. Ada juga ibu bapa yang memberi sumbangan  sebagai tanda sokongan kepada program ini. Terima kasih atas kepercayaan yang diberi."

Beliau juga berharap agar program anjuran NAZIM Johor dapat terus mengisi jiwa anak-anak melalui aktiviti akan datang yang telahpun dirancang dengan teliti. Difahamkan bahawa NAZIM Johor akan menganjurkan Kem Untukmu Palestine dalam masa 3 minggu akan datang.

Wartawan,
Media ISMA

No comments: